Monday 25 June 2012

Nasi beriyani dan Euro2012

Sape tengok bola pepagi bute tadi. Huhu begitulah berakhirnya perjalanan England dalam persaingan Euro12. Aku punya la tunggu game ni dari hari Jumaat lagi. Tapi malangnya terjaga masa minit ke 89 haha. Dah nak abih game dah. Tapi takpe sebab sebiji gol pon takda lagi. Haha.
Bile dah masuk ke masa tambahan memang la aku dah agak melarat ke panalti. Bile dah penalti aku memang bagi kat Italy je la semi final tu. England tak cukup lagi berlatih penalti huhu

Sambil tengok bola dok bersahur. Nak pose ganti la katakan. Makan ape tau sahur. Makan nasi beriyani. Jangan tatau aku buat sendiri woooo untuk lunch tadi. Macam tak caya kan aku ponnnn. 1st try ni. Komen dari juri tetap aku kata ok. Cume kene kurang kan sket rencahnya. Hmmm aku jawab yela sukatan rencah tu untuk nasi dan ayam yang banyak. Die kata dah tu letak je la separuh. Aku boleh jwb haah ek. Tak terpikir pon haha. Dok excited buh sumer sekali.

Senang je aku buat guna campuran rencah segera dari Shan. Dah lama dengar kawan opis citer pasal Shan. Tetiba last week pegi Carefur jumpe dan terus beli. Murah tu dalam rm3 je.

Ni la rupe paket nya



Cara2 buatnya ade je tertulis kat belakang kotak. Ikut je. Senang. Antara bahan die ayam or daging, tomato, yogurt (ni aku tuka dgn santan kotak je), daun kari kot benda tak bape penting tak letak pon.



Ni masa masak ayam masala nya.



Ni pulak ayam masala yang dah siap masak dimasukkan dalam seperiuk nasi yang separuh masak



Taraaaa sedia untuk di makan. Sedappppp. Tak payah lauk lain dah patutnya. Tapi aku goreng gak sket ayam. Papa kata kalo ade kurma ke kari ke pape kuah lain lagi best.

So berjaya la cubaan pertama sy huhu. Siapa nak try cari la Shan. memang pure la briyani die from pakistan kot. Memacam jenis ade. Selamat mencari Shan.
posted from Bloggeroid

Friday 15 June 2012

Traffic Light Seirra 16

Seminggu nih balik dengan penuh tensi. Stress woo. Even kuar awal dari bangi mesti tersangkut ke jem an kat simpang masuk Equine tu. kat lampu isyarat Seirra tu. panjang giler okeh Q. Tak caya meh tengok gambo



Ni aku snap dari atas highway SKVE lagi. bayangkan baru nak masuk selekoh je pon dah beratur. giller kan
Penah sekali dulu jem sampai ke Petronas SKVE tu ha. tapi masa tu kebetulan ade oarang buat jalan logik la. but skang nih memang salah lampu isyarat la. die dah uabah timing.

Dah la panjang tu satu hal. tetiba plak jadi 5-6 lane. pastu nak jadi ke 2 lane saje. masak la. sumer pon mood stress balik keje. tak mungkin nak bagi ruang mencelah punya. 

Ade yang konon nak terus kan perjalanan ke Puchong pastu patah balik kan. tak payah la dah la penuh sumer lane jadi nak masuk lampu isyarat pulak tu menyesakkan oarang yang nak terus ke Puchong. dah berjaya terus kang nanti naik flyover belah sana jem jugak seyes. belah sana pon dah beratur panjang. 

Sudahnya dah 2-3 kali aku berpusing2 la balik keje. dari bangi masuk simpang Hospital Serdang, terus ke MARDI, masuk dalam UPM (yg nih sgt suke), lalu plak Taman Sri Serdang (suke gak nih), masuk Seri Kembangan pekan cine tu ha pastu baru la sampai Equine. better sangat la dari tak bape nak gerak dan berebut di lampu Seirra tu. huh mencikkk!

Ni kalo kes cam ni nak ngadu kat sape ek. Cer kabo jap. hehe sebab sebelum cuti sekolah ari tuh ok je. sape yang kaco timimg lampu nih hah. sape? sape? huhu

Tuesday 12 June 2012

Tangled Versi Akma

Al kisah kat tv dok tengok citer tangled sesama. 1st citer Akma tengok wayang masa tu kat KLCC. Skang sah besar baru la paham nak nengok kartun segala.
Akma memang dalam fasa tengok princess nari2. Jadi sesungguhnya citer Tangled tu amat meninggalkan kesan sampai menggunting rambut sendiri.

inilah hasilnya.



tobek dah rambut anak pompuan mama. die kata ma mcm repunzel gunting rambut.

aku pon boleh tak perasan la bile masa nya yang die amik gunting dalam laci. sudah ku ubah tempat simpan gunting. Sikat rambut die kene belah tepi nak bg cover sket yang area tu.

now macam dah ok sket.



yang bestnya die boleh kata. senang sikit dah gunting rambut ma. tak de dah jatuh2. huh banyak la die nye senang. selalu orang nak ikat rambut takmo. pastu die sendiri yang rimas. alih2 gunting rambut sendiri pulak. huh memacam la anak dara ni.

posted from Bloggeroid

Monday 11 June 2012

Besday celebration KSha

Last Thursday kami berkumpul. Kami tuh sape. Kami la Marias. Nanti buat entry pasal geng Marias. Kami berkumpul untuk celebrate besday Kak Sharmila. Besday yang ke berapa ye? hehe biar lah rahsia.
So disebabkan orang yang diraikan teringin benor makan PizzaHut makanya kami berkumpul di PizzaHut Mines.
Menarik pulak menu-menu di PizzaHut skang. memacam ade. Macam biasa order set regular dan yang promo ade beef steak tu sedappp dengan jejari keju. Pastu order plak spaghetti prawn olio oglio, spaghetti bolognise meatball dan nak rasa chicken fillet with lime sos. sedap woo yang nih.
Tugas aku dan Yus mengorder kek. Jadi kami order cupcakes di Anisbakery. Seronok betul berkumpul mengamatkan suasana. Tetengah makan tetiba orang ebrpantang datang. huhu Umi Rosid gian nak berjalan2 dan soping.

Jom layan gambar :)

Sedap cupcakes ni. strawberry pon gemok2. hehe


Our besday girl, K.Sha


Seisi memberi hadiah. Handbag Elle. Die nak handbag yang boleh masukkan Daim. eh barang dan diapers Daim hehe

Lastly, ahli majlis tertinggi Marias hehe

Sunday 10 June 2012

Pantai Puteri, Melaka

Semalam kami sekeluarga ke Melaka. Biasa la mucim cuti sekolah ni ade kenduri. Kene pulak dah akhir2 cuti nih bertembung ngan orang yang nak kembali pulang ke rumah kot. Adeih jalan punya la jem. kat Nilai jem, Seremban jem lagi. Nak exit Ayer Keroh pon jem. Memang slow je la. dekat 4 jam baru la sampai ke destinasi kenduri. Untung gak la tak payah study jalan sebab ikut orang je haha. 


Kenduri kawen kawan penbol papa, Muzri. Selamat pengantin baru Muzri & Farah.


lawa gambar nih. Credit to IrwanMusa Photography

Sebab sampai pon dah agak lewat maka makanan pon sudah berkurangan. tapi memang sedap lauk pauknya. Majlis di buat di Hotel Pantai Puteri. Hotel depan pantai.

Ahli rombongan kami di satu meja bersama pengantin. ape yg 3 tu hah. 3 tempat kosong lagi? huh




Jadi lepas berkenduri kenelah bawa anak2 kecil ni di tepian pantai. Memang dari muncul nya laut di tingkat keta dah bising dah. Aku plak tu konon bawa baju spare segala, memberi harapan palsu kepada mereka haha
Seb baik lah dah turun keta tu ade sign, Abang dok baca2 die kata "haahla mama sini x bleh swim tu die tulis" Ha bagus skang pandai baca jadi takde la ingat mama nih menipu hehe. 

Makanya Abang hanya lah bermain pasir. 


Mama, adik dan Papa duduk atas batu makan. hehe


Di tepi pantai yang indah~ Berdua denganmu pasti lebih baik~ hehe

Pastu kan ade orang tu die pujuk rayu agar pemanduan pulang dilaksanakan oleh aku. haha syarat aku senang je. layan aku posing atas batu dulu. senang je haha. 

Nah amik ngan korang sekali kene layan gambar aku


Posing nih papa yang suh buat. Suke ekkk I comel hehe

ok aku suke gambar last sekali nih. ala2 photoshoot. 

Masa kitorg aku tengah berposing nih pengantin pon tengah wat photoshoot dekat situ gak. haha 
Akhirnya sebelum magrib kami sampai KL. Jalan ok je tak jem pon pemanduan lancar. huhu

Friday 8 June 2012

Beli kasut online

Hurm memacam benda boleh beli online skang. tak pernah plak terfikir nak beli kasut onlien kan sebab macam leceh je kan nak kene try segala. baju ok juge la sebab biasa kot.

Yus, la nih dok suke sangat melayan web Zalora tu ha. berjangkit dengan aku yang duduk depan die. bagus la Zalora nih di kumpul kan kasut bebanyak jenama dalam 1 tempat.

oleh kerana terjebak dan dah lama kot add masuk troli online aku tu. jadi bulan nih aku merealisasi kan beli. suke benor satu kasut nih. trend kot kat Korea pakai wedges skang. tapi yang aku suke nih sporty wedges. lama dah cari. dulu penah tengok sorang budak kompeni lama pakai brand adidas. cari punya cari tak jumpe. so Larrie nih pon ok la

harga kasut tuh bleh tahan la mahalnya untuk sepasang kasut. aku mana la penah beli kasut mahal2. sekali upon subscribe dapat baucer RM 20. best2


 Taraaa . bungkusan dah sampai. 



 Ini la kasutnya huhu

Sebelum beli ri tuh sempat gak la survey kat G market Korea. kot la lagi best offer di sana. tapi atas nasihat Zai x jadi la. tapi kat sana lagi banyak la pilihan lawa-lawa


ini pulak kasut papa beli kan yeayyyy

ok sekian cerita kasut.

visit la Zalora - http://www.zalora.com.my untuk pilih2 macam saya. macam la dapat komisyen tolong promote hehe

Thursday 7 June 2012

High Score

takmo citer banyak meh tgk gambo.



haaa 187 mata high score by sally on 6/6/12

mata permainan ape ni ek. Taaaraaa



men Dart je pon hehe. buat masa skang sy pemegang rekod.
haha tetiba plak balingan menjadi. terkesima opis mate lelaki sumer haha

akhir kata sila usaha untuk mengatasi high score itu hehe

posted from Bloggeroid

Monday 4 June 2012

Kuda hitam ku pergi

huwaaa sayang. tapi untuk kebaikan banyak pihak pemergiannya ku iringi taadengan kerelaan.
sudah lebih 7 tahun ianya berjasa kepada kami sekeluarga. tapi lately die semakin diabaikan. Jadi untuk kebaikan die juga biarlah die bersama orang baru.
Aku juga dengan niat membantu sahabat aku dan aku yakin die akan menjaga kuda hitam ku itu dengan baik.

bile plak la aku ade bela kude kan hehe

tara . . .



Ini lah die. keta kebal aka kude hitam ku.

beli masa sarat peknen kan Abang. keta pertama aku dan family. kami pangge ni keta abang.
Tengah bulan ri tu kebetulan k.sha ade problem dgn keta die. maka bincang nye bincang die akan sambung bayar.

skang dah sangat cantek hasil make up dan jagaan k.sha

bye2 WMM 96** selamat bersama tuan baru :)

posted from Bloggeroid

Sunday 3 June 2012

BB Cream dicurah ke toilet

hah nape? x bagus ke produk tu. hmmm meh stori dari mula.



ini bb cream sy. hampir sebln lebih ke dua bln sy pakai. brand faceshop. best sy suke pakai. sesuai dgn muke sy yg ade acne ni. utk melengkapkan pemakaiannya sy baru menambah koleksi



beberapa koleksi dr range Clean Face bykU Faceshop.

tapi tiba2 td nasib bb cream tu malang sekali. sy lg la bertambah malang.

flash back mode :
ma, jom mandi.
ok jom. kite mandi sama2 ye mama.
masuk je bilik air ternampak something kat toilet bowl. yg si kecik ni tetiba tutup penutup bowl tu. eh apsal plak kan. mama pon bukak blk. hahhhhhhh bb cream akuuuu omo. kuar pg cek tube huh tinggal sket. masuk balik bilik air cek dalam bowl bykkk plak di curahnya. ces.
lecture sket si kecik tu tunduk je die dgr mama membebel.
dah reda kemarahan mama, lalu si kecik tarek flush. cube menghapuskan bhn bukti. haha tidak cukup dgn itu.
Mama amekkan tu berus, Ma nak tolong cuci ni toilet. haha byk helah je anak kecik.
ni la anak kecik sy


posted from Bloggeroid

Saturday 2 June 2012

Pertama Kali kita Bertemu

ye, ini kali pertama kite bertemu. org dok citer sana sini tapi baru kali ini dapat mengenali dirimu.
siapa? atau lebih kepada apa sebenarnya. huhu
ianya adalah taraaaaa



burger bakar. haha sedapnya la la la

kebetulan menerjah area Puchong petang tadi lansung dilencongkan arah pemanduan ke Lokas Makana.



tidak mencabar sgt menunggu sbb mmg tak ramai org.

rasanya sedap cheese dan sos cheezy nya sedap betul. daging yg padat dan tebal. memang x muat la nak geget. hehe. hasilnya kekenyangan lalu tido.

nota kaki: konfem akan beli lagi nnt

posted from Bloggeroid

Pertama

Dengan lafaz Bismillah sy merasmikan blog ini.
selamat berblog dan salam semua.

posted from Bloggeroid