Sunday 29 July 2012

Precious Moments with Trudy & Teddy

Sapa penah main anak patung kertas. Dulu masa kecik2 mesti penah main kan. Zaman canggih nih main permainan ni pon dah di digital kan. Akma memang la rajin mendonlod game dress up ni. Melambak dalam ipad.
Kali ni mama nak main plak. hehe Konon masuk contest. Saje lepas sahur mencube. Ade rezeki menang baju raya. Dapat la Akma bergaya ngan Trudy and Teddy. Haha sumer mood berkenaan raya je.







Saturday 28 July 2012

Calender Cross

Biasa kan buat tanda pangkah2 kat kalender. Menandakan sesuatu telah berakhir. Biasa buat untuk exam. Dulu2 la sebab tak sabar nak merdeka dari exam. Ape je la tujuan kite nak countdown kan di tanda2 kat kalender tu. 

Cer teka nih tanda untuk ape?

Ini abang la menanda untuk hari2 pose die. Also countdown untuk raya dan yang penting untuk die balik kampung kata nya. Setiap hari lepas berbuke die akan pegi tanda di kalender ni. 
Tahun ni die dah sekolah maka hari berpuasa die lebih senang sket aku rasa. Sebab ade je benda die nak buat kan pegi sekolah agama, pi sekolah kebangsaan sedar2 dah sampai waktu berbuke. So masa berlalu cepat la bagi die. Tapi penat la kesian. Nasib baik la gate baru sekolah die dah di buke. Jadi tak de la nak kene jalan merentas padang lagi. Berpanas terik adeih lagi kesian. Bebtul on 1st day berpuasa di sekolah diorang bukak. Alhamdullilah akhirnya. bertahun juga la minta izin nak buat jalan dari pemaju. itu pon lom bertar lagi. Macam tuh la nasib sekolah baru yang kurang memacam. Now, van sekolah drop depan pagar then jalan sket je dah sampai kantin. 

Owh melalut citer pasal jalan sekolah plak. Tahun ni nampak abang excited nak raya. hehe Mungkin kali ni die lebih mendalami ramadhan dan hari raya tahun ni. Abang memang agak dari segi social dan menzahirkan sesuatu dalam bahasa melayu haha. tah susah nak citer tapi orang yang kenal die je akan paham. 
Die dah beli 1 jenis kueh raya. Nak bawa balik kampung katanya. hehe. Baju raya nak kaler merah. Memang tak sangka die suke kaler merah. Abang x sanggup la mama nak pakai baju merah. Kaler purple boleh la ye. hehe

Here is my Abang. Kurus sangat skang. Makan memilih. Tapi Alhamdullillah sehat walafiat. Kerja sekolah je malas nak buat. Asal tanya takde. Last2 kene denda buat kat luar kelas. Rasakan la saje mama nak bagi pengajaran ape jadi kalo tak buat. 

Friday 27 July 2012

Subway Ramadhan Meal

Hari ke 6 berbuke jatuh pada hari tidak memasak. Makanya tercari cari nak berbuke dengan ape la ek. Memacam la pikir. Ikan bakar la, burger la. Last sekali mesej papa kata nak pi beli Subway kat Giant plus adik abang belikan nasi ayam. Nasi di kedua dua Giant kat area umah nih memang la sedap. Baik di Giant Kinrara atau Giant Equine tu. So semlm ke Giant Equine lepas amik abg sekolah.
Done som shopping kat Giant melayan beli makanan abang. Sebab time berbuke die banyak minum air. pastu nak makan dah kenyang. so die akan mengulang makan benda ape yang ade. So beli la muffin la london roll la coklat. Benda yang die suke makan. Dah la bersahur pon abang cume makan cereal. Milo cereal tuh atau Koko Krunch. 

So mama dah decide nak Subway. Pergi terjah memula nak beli sub of teh day. sekali die dah tuka jadual la plak. Seingat aku Khamis Iatalian BMT tapi dah tuka. Alamak! terpaksa la pilih yang biasa. Sama ada Subway Melt or Subway Club. tengok harga dalam RM12.50 Alih alih ternampak sign pasal Ramadhan Meal. Huh sangat berbaloi nih.


Boleh pilih 3 jenis. Yeay ade Italian BMT memang amik yang itu la. huhu Siap ade air dan cookies lagi. huhu Aku amik la 2 set mama dan papa. Cookies boleh bagi adik abang. Diorang memang la suke cookies Subway nih. 
Hari biasa rileks je menghabiskan 1 sandwiches tu. Bulan psoe nih jenuh jugak la. hehe tapi kenyang sangat. Aku bukan ape yang nak makan Subway sebab nak bagi ade sayur sket. Bulan pose nih memang tak makan sayur lansung. 

Alamak cam ne nak tutup entri nih. ok la sekian. hehe 


Thursday 26 July 2012

New Life Ahead~

Next week, on the same Wednesday the new life, new beginning  ahead.











Wednesday 25 July 2012

Morib Gold Coast


Pada satu hari yang tenang aku telah membeli kupon LivingSocial pakej penginapan di Morib Gold Coast. Lama dah beli masa bulan 2 tapi tak berkesempatan pegi hingga la bulan 5 yang lalu. Kami pegi pada 11-12 May. Disebabkan booking lambat jadi Sabtu Ahad dah penuh. So pegi la Jumaat Sabtu. Jumaat tuh tunggu abang balik sekolah then terus pegi.
Sampai sana dah dekat kul 9 mlm, Cek in then jejalan kejap pusing resort then bergerak mencari makanan seafood di tepi laut. Pegi la hingga ke medan selera kat Pantai Morib tu ha. Makanan nya mengecewakan. Lepas ni tak pegi dah la. huhu 


Oleh kerana kupon nya adalah pakej 2D1N stay in Studio Suite for 2 (Inclusive of Breakfast + Water Theme Park + 2 Glasses of House Wine or non-alcoholic beverages) sepatutnya pegi ambil beverages tu. Dia kata akan dapat juice kat cafe area tepi pantai sana, tapi sebab kelaparan terus keluar je masa tu. Wrist band untuk theme park die bagi siap2 masa cek in tadi bersama 50% less SPA pakej. Ni pon tak sempat nak pegi jenguk. 

Masuk2 bilik memang excited la. puas hati sangat. sehingga la ke tengah malam bile nak berduaan dlm jakuzzi sekali benda alah tu tak berfungsi plak. tensi2. Pengajaran ayat nanti pegi lagi kene cek tuh benda tuh huhu bleh gak minta tukar

Esoknya macam magical kejut budak ber3 tuh dengan pantas je depa bangun haha. jarang sekali berlaku. Abang bangun terus minta tuka baju mandi. pastu die kejut adik die. Siap2 dan terus ke cafe untuk sarapan. Makanan sarapan menu biasa je. Nasi lemak, mee grg, telur, cereal. So dah sah la makan dekat dengan kolam makanya bebudak tu excited nak mandi dari makan. 

View dari Bilik 


Lobi

Bersarapan

Time to the Kolam. Kene beli pass masuk untuk 2 kekanak tu. sorang RM15 je. Pastu amik 1 pelampung. Maka bermula la seisi berendam kami. 









Lama giller mandi. Sampai ke masa untuk cek out pon masih berendam. Akhirnya papa kata mama pegi la kemas2, papa dan anak2 terus berendam. Mama pon naik atas kemas cek out masukkan barang dalam kereta. Cume bawa satu set persalinan sorang dan juga kek anniversary kami yang di angkut ke hulu hilir haha

Mereka teruskan mandi. mama mengemas. View dari atas.

Tak kan kemas saje. sambung posing dalam bilik hehe

Dalam kul 3 lebih selesai mandi, bersalin dan lepak tepi pantai pulak. Angin sepoi2 best giller melepak dan seisi bergambar mama dan papa. Anak? depa dok main pasir. Memula kami celebrate anniversary dengan acara potong kek dan makannnnn. 



Budak ni buang tebiat ape tah nak pakai baju mama. Baju anak2 mama. Serabut



Lompat melompat

Me and Him <3



Lepak kat pondok pulak

So dalam kul 5 gak la baru kami bertolak pulang. Pengsan la sumer dalam keta. Pulang mama kene drive la plak. SuperMak.

Kupon baru dah beli. Nanti cuti sekolah nak pegi lagi ngan geng2 ipar duai plak. Wooot~




































Tuesday 24 July 2012

Dato' MasterChef balas tweet huhu

Pada satu malam yang hening dan penuh kelaparan. Seperti biasa kalo aku dah online  sure aku akan on FB and twitter. Pastu mule la mengarut dan mendalami timeline baca tweet dari kawan2 dan artis2 yang aku folo. Sambil tuh dok surf buffet ramadhan.

Tetiba teringat Dato Fazley penah tweet bgtau die akan jadi chef jemputan di Cyberview, Cyberjaya. Aku agak konfius dengan perkataan chef jemputan tu. die memasak kat dalam ke atau ade satu slot tempat die masak2. Dan sekiranya tetiba aku pi buffet kat sana ade ke die. kan kan.

Aku pon dengan jiwa yang kosong menyuara kan kekeliruan aku tadi di interpetasikan dalam satu tweet. Dalam pada tu memcam la aku dah tweet kan dok melayan kekawan. Sekali tetiba masuk mention baru. Huh!!!! Dato' Fazly balas tweet aku tadi. Alamak camne die bleh balas ni bukannya aku ade @mention twitter die kan. Sekali baru teringat yang die akan folo balik semua follower die. Huhu.

Maybe di saat die membelek tweet terbaca tweet aku dan terus menjawab kekeliruan aku tuh. Hoyeaaahhh
Best2. suke3x. Kawan aku kata die balas tweet aku merangkap promo la tu. Ahhh x kire la janji Juara MasterChef celebrity balas tuh wooottt




Monday 23 July 2012

Junior MasterChef


Ahad lepas mama telah di pau oleh Akma. Sebenarnya dah lama die nak benda nih. Dok tengak youtube ade orang dok upload video anak2 depa main benda ni. Die suke betul buka video tuh. Tunjuk2 mama, ma nak yang macam ni. 
So masa jejalan kat OU baru nih ter nampak mainan set kitchen ni. Ade bebrapa jenis. Suruh die pilih.


Yang best nya masa tanya Ma nak yang ni tak? Ala ma tak nak yang ni, ni dah bukak. Hehe Comel! Sebab 2 yang kat atas tu kan ke dalam kotak.

Last2 kawan sampai tertido dalam stroller tunggu mama buat keputusan. Mana taknya nak amik gambar la post kat papa. Tunggu plak ape papa kata. Minta dana la katakan. Memula oklah adik tido, tak yah beli la. Tapi tak sampai hati plak. Belikan la jugak. Boleh tengok muke seronok die nanti bile dapat.

Sampai umah excited pasang segala. Mama pasang malas nak cari bateri segala, main je la die macam tuh. Datang papa gigih cari bateri. Alamat memang la bunyi kitchen die tuh menghantui. Sampaikan aku rasa tido pon aku dengar bunyi kitchen set die. Dapur tuh akan bunyi cam orang masak sup. Mengelegak je. Pastu oven bawah tuh akan bunyi cam microwave kite dah masak bunyi Ting! haha


Muke puas hati dan seronok. 

Ni pulak seisi membeli belah kat Candylicious. Sakan okeh die ngan troli kecik tuh. Excited abih menolak walau pon bile die capai coklat nak masukan dalam troli mama akan cakap noooo!. So troli die sket je isinya.



 Abang dah tak larat nak melayan kami 2 pompuan berjalan haha.



 Mama yang kepingin Garret PopCorn. huhu Lepas gian sungguh. Try memacam. Sedappppp

 Love is Messy huhu