Thursday 30 August 2012

Kema kalo merajuk . . .

Jom tengok gambar ceria dulu



Pastu alkisah di pagi raya memang la mama paling excited amik gambar. Anak2 ni keje nak main je. Suh posing sket penat la ape la. Pastu mule la buat posing tah pape
Tgk ni . . .





Pastu kene la marah. Mula la majuk







Tu yang abang gelak sakan sebab. Mama membebel pastu di capture plak de Talking Tom. Haha lansung la pecah gelak sumer orang.
Asek nak main je org nak amik gambar kejap je. Takmo dgr ckp nnt mama buang ipad buang ipad. Byg kn kata2 tu di sebut dgn sore Tom the cat tu hahaha
posted from Bloggeroid

Monday 27 August 2012

Papa little girl

Papa dgn akma jarang bertekak. Tak macam aku. Memang la selalu bergaduh. Kalo papa nak kuar nnt die pesan 'ma. Jgn gaduh dgn mama tau' . haha mcm bebdk.
Memang kamceng la die dgn papa die.







Papa and Ma.

posted from Bloggeroid

Tuesday 21 August 2012

Salam Aidilfitri 2012.



Selamat hari raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga






posted from Bloggeroid

Thursday 9 August 2012

Nak murah kan, mencabar . . .

Ape yang murah ape yang mencabar? kan aku dah start keje kat opis baru on 1st August. So parking di bawah opis adalah mahal regenya. Oleh kerana season pass aku pon buat maka aku park la agak jauh dan murah. 
Tapi mencabar okeh. Tambah di bulan pose yang serba tidak bertenaga ini. Parking nih pon sampai end of this year saje murah maybe nanti die akan improved dan naikkan harga. Now ni tempat parking adalah kat area construction side. 

memula masuk tempat parking. pastu jalan keluar dari kawasan parking berpagar tu. pastu jalan tepi pagar parking. rujuk pic 1 yang ade rumput2 tu. pastu ade tangga. bebtul tepi highway. cam kat pic 2. pastu lalu bawah highway. cam pic 3. pastu lintas trafic light pastu sampai opis. Pic 3 tu laluan balik.

Makanya aku mengambil keputusan lepas raya, aku akan park bawah bangunan opis la. huhu penat woo jalan. Masa 1st day park situ hujan plak tu. Tu lom time aku soping kat mall sebelah tu haaa kene bawa barang lagi nanti haha tidak tidakkk. Kene buat season pass segera. 

Sekian melaporkan dari tempat parking. hehe

Monday 6 August 2012

After 1 year and 10 months

I left . . . my 4th company IXS. Small team with great future ahead. Semoga terus sukses pada yang tinggal dan selamat berjuang. huhu~
It was unexpected moved by me but need to grab the opportunity comes.

No. 57B, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Saya akan merindui D41 PappaRich huhu.

Sunday 5 August 2012

Rosid and Dayah Besday Celebration

Macam biasa everytime ade besday bebdk Marias kitorang akan celebrate. Walaupun lambat. Sambutan juga semperna nak sambut pose. Makan buffet Seoul Garden di OU. Weeehooo. Makan sampai lebam. Excited aku nak makan daging balut2 salad ituuu. 
Kali nih pegi aku tak buat sket pon keje memasak. Ni yang syiok pegi reramai ni. haha Diorg tolong masakkan aku tolong makankan. Memang sampai ke sudah orang dah benti aku makannnn lagi. hehe
Marias ada 8 semuanya. Tapi Q takde masih di kampung dalam pantang. Anak2 Marias pon ramai dah hehe

Oleh kerana lokasi OU maka agak kelewatan la aku sampai. Ikut LDP yang agak slow pastu nak masuk cari parking mak aiii setengah jam aku tunggu. Abang pon suke la buffet die boleh amik makanan yang die suke je. Banyak makan buah je. 
Tugas aku membeli kek besday. So nak senang aku bantai beli cup kek je. Tu pon sampai sana berkejaran cari Bisou cafe. Seb baik 1 floor je ngan Seoul Garden. Memang lama la dok situ. Maklumla memacam nak makan. Dalam kul 3 lebih ramai yang dah gerak aku masih sakan berjalan. 

Okeh la tu saje entry kali nih. Nak pi sidai kain jap. hehe Semalam punya la elok panas tapi jatuh pada hari pemalasan aku. Jadi masak la aku hari nih kalo banyak kain tak kering.

 menu berbuke semalam Pizza Papa John.

Wednesday 1 August 2012

Bestnya dapat Krusher di bulan pose

Berbuke makan ape semalam. Aku? makan KFC. Tetiba dapat tau papa keje malam. Halo Kak Lili then ke KFC. Sonok borak lama tak jumpe. Tak macam Akma n Biha hari2 jumpe pon kemain lagi sakan main. hehe. 
Tapi lately aku nye tekak asek nak makn burger je la. huhu Gemok2.
Penah minum Krusher tak? Aku paling suke Chipsmore. Sedap penuh chips dan nutella huhu. Puas hati betul dapat minum bulan pose ni. Bagi sejuk tekak. Jangan batu sudah. Ais sesaje. hehe
Tak de pe nak citer lagi. But today 1st August adalah 1st day menempuh benda baru. Semoga dipermudahkan. Nanti update lagi ye. Aku akan kurang mengupdate kot. Mungkin masa tak mengizinkan. Wish me luck~ <3