Wednesday 25 July 2012

Morib Gold Coast


Pada satu hari yang tenang aku telah membeli kupon LivingSocial pakej penginapan di Morib Gold Coast. Lama dah beli masa bulan 2 tapi tak berkesempatan pegi hingga la bulan 5 yang lalu. Kami pegi pada 11-12 May. Disebabkan booking lambat jadi Sabtu Ahad dah penuh. So pegi la Jumaat Sabtu. Jumaat tuh tunggu abang balik sekolah then terus pegi.
Sampai sana dah dekat kul 9 mlm, Cek in then jejalan kejap pusing resort then bergerak mencari makanan seafood di tepi laut. Pegi la hingga ke medan selera kat Pantai Morib tu ha. Makanan nya mengecewakan. Lepas ni tak pegi dah la. huhu 


Oleh kerana kupon nya adalah pakej 2D1N stay in Studio Suite for 2 (Inclusive of Breakfast + Water Theme Park + 2 Glasses of House Wine or non-alcoholic beverages) sepatutnya pegi ambil beverages tu. Dia kata akan dapat juice kat cafe area tepi pantai sana, tapi sebab kelaparan terus keluar je masa tu. Wrist band untuk theme park die bagi siap2 masa cek in tadi bersama 50% less SPA pakej. Ni pon tak sempat nak pegi jenguk. 

Masuk2 bilik memang excited la. puas hati sangat. sehingga la ke tengah malam bile nak berduaan dlm jakuzzi sekali benda alah tu tak berfungsi plak. tensi2. Pengajaran ayat nanti pegi lagi kene cek tuh benda tuh huhu bleh gak minta tukar

Esoknya macam magical kejut budak ber3 tuh dengan pantas je depa bangun haha. jarang sekali berlaku. Abang bangun terus minta tuka baju mandi. pastu die kejut adik die. Siap2 dan terus ke cafe untuk sarapan. Makanan sarapan menu biasa je. Nasi lemak, mee grg, telur, cereal. So dah sah la makan dekat dengan kolam makanya bebudak tu excited nak mandi dari makan. 

View dari Bilik 


Lobi

Bersarapan

Time to the Kolam. Kene beli pass masuk untuk 2 kekanak tu. sorang RM15 je. Pastu amik 1 pelampung. Maka bermula la seisi berendam kami. 









Lama giller mandi. Sampai ke masa untuk cek out pon masih berendam. Akhirnya papa kata mama pegi la kemas2, papa dan anak2 terus berendam. Mama pon naik atas kemas cek out masukkan barang dalam kereta. Cume bawa satu set persalinan sorang dan juga kek anniversary kami yang di angkut ke hulu hilir haha

Mereka teruskan mandi. mama mengemas. View dari atas.

Tak kan kemas saje. sambung posing dalam bilik hehe

Dalam kul 3 lebih selesai mandi, bersalin dan lepak tepi pantai pulak. Angin sepoi2 best giller melepak dan seisi bergambar mama dan papa. Anak? depa dok main pasir. Memula kami celebrate anniversary dengan acara potong kek dan makannnnn. 



Budak ni buang tebiat ape tah nak pakai baju mama. Baju anak2 mama. Serabut



Lompat melompat

Me and Him <3



Lepak kat pondok pulak

So dalam kul 5 gak la baru kami bertolak pulang. Pengsan la sumer dalam keta. Pulang mama kene drive la plak. SuperMak.

Kupon baru dah beli. Nanti cuti sekolah nak pegi lagi ngan geng2 ipar duai plak. Wooot~




































2 comments:

  1. Nampak gayanya.... Mama la orang paling excited sekali dalam gambar gambar nih hehehehe

    ReplyDelete
  2. haha. dlm gambar mungkin mama, tapi dalam kolam tentulah mereka hehe

    ReplyDelete