Wednesday 21 November 2012

Nak naik Keretapi

Ma tak penah naik ketapi pon" kata Akma. Ma nak naik ketapi macam Adam. Ni gegara menghantar adam ke stesen LRT. Jadinya pada satu petang Sabtu yang redup nak hujan kami pon berkeretapi weeeee
Amboi papa takde sakan berjalan haha. Takpe la menurut kehendak anak anak cuti cuti sekolah ni.
Habis je acara konvo nursery Akma kami pon dari cyberjaya ke seri petaling. Nak naik ketapi nye pasal berpusing la mama nih. Lalu jalan macam nak balik umah dari cyber nak ke seri petaling tuh kan. saje mengusik kata nak balik monyok sedepa. haha

 1 je gambar masa konvo. Akma tak masuk pape persembahan pon. So datang untuk tengok persembahan kekawan die dan makan. hehe

Mana nak pegi yang bile turun ketapi tak kene jalan jauh tak kene hujan. Taraaaa sogo la mana lagi kan. Abang nak beli coklat adik nak beli lolipop. OK ke sogo kite mariiii.

Punya la lama tak naik LRT. Tiket dah x leh beli kat kaunter. Dan bukan die nama tiket dah. Dipangge token. Sebijik cam token parking kat KLIA tu. Kaler biru. Kene pi beli kat mesin je. Pastu token tu main touch je kat gate tuh huhu. Excited la adik abang masuk gate.




 cam ni la duduk nya sepanjang jalan. tengok luar tingkap.

 Weeeee dah sampai Sogo. Mama cuci mata je. 

 Pegi kat tempat baju anak anak tapi anak anak ni tak berminat lansung. 

 Lastnya lepak la kat food court sorang menjilat lolipop sorang mulut penuh cookies.

 
OK nak balik dah. bestnya naik ketapi.

Monday 19 November 2012

Penbol dan Coklat

Yeayyy! Papa ke Langkawi lagi tahun nih bermain paintball. Apsal sonok ? Sebab nanti die balik bawak coklat banyak. huhu

Pepagi bute khamis lepas menghantar die ke LCCT. Best tuh aku suke. Kalo KLIA lagi suke. Die pegi dari Khamis sampai la Isnin depannya. Lama kan.

Dia pergi untuk tournement WCA. Main dengan Team Tsunami team dari Australia.

Ini je lah hasilnya. Tengah giler coklat Whittakers tu. Banyak lagi flavor lain yang aku pesan tapi takde. Makan yang nih je la yang lain tengok gambar sudah hehe



Sunday 18 November 2012

Pop pop poplook


 Oh aku terjebak akhirnya. Haha nih sumer Ciare nye pasal. Masuk masuk opis terus bukak web poplook yang tengah sale tu kan. Jadinya aku telah terbeli satu blouse. Memang dah lama dok tenung blouse yang nih. Nak try beli kan. Tengok punya tengok rege tak turun sangat. Sekali bile rege jatuh terus grab.

So this is my 1st look from Poplook


Comel tak saye? hehe
Apsal skang kalo aku tengok kaler hijau cam lawaaaa je sumer hehe. Baju yang aku pakai tuh saiz M sesuai la ngan aku yang berbadan 2 ini. Tapi kalo berbadan satu je better la aku amik S kot lain kali aikkkk ade lain kali kah. haha Cume memang dah tangan panjang jadi lengan tuh jadi la pendek sket 3/4 jadinya.


Friday 16 November 2012

Berakhirnya Darjah 1

Jumaat lepas berakhirlah seisi persekolahan 2012. Tamat lah sudah darjah 1 untuk Haris Ikhwan. Satu alam persekolahan sebenar pengalaman pertama di sekolah. Sumer benda baru.

Minggu terakhir hari tuh dah dapat buku teks darjah 2. Buku darjah satu lepas periksa je memang dah dipulangkan. Mama dah mengganti 2 buah buku. PJK dan BI. Buku aktiviti pon kene pulangkan  ek. Ingatkan dapat terus. Tapi hari tu kebanyakkan nya ade pada cikgu. Jadi setakat buku teks tu sumer la ade. Abang punya susah hati dok kire dan tick berkali kali cek buku2 die ade ke tak. Takot kene marah la tu nanti. Yang koyak pon die suh nya tampal di belek satu satu. Hafal plak tu kat mana yang koyak haha. Tak de la koyak terus just tersiat2 sket masa nak selak cam tuh je.

Dapat buku teks darjah 2 seronok balik balik dok belek baca. Biasa la mesti baca buku BI dulu. Ade plak buku yang ade gambar upin ipin ek. hehe Pastu beria suh mama balut. Leks la bang nanti dah nak sekolah baru balut ok. huhu

Periksa? Hurm Alhamdullilah la dari 5 subjek dapat la 4A. 1 lagi ape? biarlah rahsia haha. Sekolah agama teruk sket dari sek kebangsaan. Lepas ni memang kene pantau bebtul sket sekolah agama dan subjek agama.

2-3 hari sebelum tutup sekolah pon cikgu dah bawa ke kelas baru. Kene tukar kelas. Hukhuk. Tatau la menaik ke menurun kelas. Zaman skang nih peksa pon tak pakai nombor dah kan. Main Band band je.

Dah kene tukar kelas terpisah la ngan best fren die Faris. Pepandai la abang cari kawan baru ye. Explore new things katanya. Abang is always be mama little boy.

 Mama berjaya jemput abang balik sekolah 2-3  hari terakhir hari tu. hehe mama nyorok dulu tengok gelagat abang. Die memang la jalan style bersiar2. rileks je. antara oarang yang lambat sampai kat van. tak lalu pon merentas padang sekolah. lalu tepi tepi dan dalam pagar

 Jalan beriringan dengan best fren die Faris. Aku penah jumpe mak ayah Faris nih. Orang Kedah juge. Faris pon selalu citer pasal Haris je kata maknya.

 Erk alamak mama dah terkantoi hehe. Bergegor terus camera mama



Ni budak kecik nih nye pasal la. mulut bising tak sabo nak terkejut kan abang die. Kalo jemput abang die yang excited nak main lari2 kat padang.



Thursday 15 November 2012

Vapors

Ape ke benda la vapors ni kan. Ianya sejenis E-cig /




Advantages of Vaping over Smoking
  • No tar, harmful toxins, or carbon monoxide as found in traditional cigarettes
  • No more second-hand smoke to worry non-smokers around you
  • No lighters needed, non-flammable
  • No ashtrays needed, no ash or butts to dispose of
  • No smoke, only vapor
  • Allows you to get your nicotine fix in places smoking is not allowed, no more going outside to smoke
  • Less expensive than traditional cigarettes
  • Will hopefully allow cheaper insurance rates since you're no longer a tobacco user
  • Improved health without the tar and toxins
  • Improved self-esteem by losing the stigma of being a smoker, you're now a non-smoker
  • No more burnt holes in carpet, clothing, sofas
  • No more smokey-smelling clothes or hair
  • Fresher breath

Tuesday 6 November 2012

Qurban Salmon

Buat ape raya haji ri tuh. Kami beraya di KL je. Kebetulan MIL masih di sini. jadi kami berkumpul ipar duai. Merasa juge rendang home mad raya haji kali ini. MIL masak kan kami mencari lemang. Baru terasa raya.




Dah siap makan masa melawat shoping kompleks haha ape lagi nak buat kat KL nih. Kami ke Alamanda beli barang umah. tapi timing sangat out la. diorg tegah mengemas untuk alihkan susunan barang so barang sangatlah berterabur. Banyak yang di cari tak jumpe. Tensen2.

Dah settle sumer masa melepak. haha Jarang sekali melepak di situ. Menikmati Java Chip Frappucino.



Dah minum jadi lapo pulak. Pegi la menerjah sushi king. Haha raya2 nih dok makan sushi. Tu la di namakan Qurban Salmon. hehe Papa die memang tak makan sushi jadi aku je la yang enjoy. Kebetulan masa tu punya la banyak salmon skin piri2 kat belt tu weeee makan 2-3 pinggan. Pastu macam biasa makan Unagi la. Akma pon layan gak salmon skin tuh. sebab bentu ranggup kan. Papa konon nak makan ikan ape tah tapi bile sampai die tak lalu. Kata budak tuh nama die pregnant fish. Capelin dalam menu tulis. Sedap je aku makan. Last2 papa makan sotong tempura je haha




Tapi yang paling sedap memang lah yang gambar kat bawah nih. Walllah. tak tergambar dengan kata2. Kalo orang tanya rasa die camne. Memang tak boleh jawab cume boleh kata sedapppppp je hehe


Sunday 4 November 2012

Makanan musim tengkujuh

Bile time musim hujan nih sejuk kan. Jadi kite makan makanan yang boleh memanaskan badan. Kene plak tuh selsema menyerang.
Kalo kat Korea musim winter nih memang la sedap makan ddeokbukki ngan jigae yang panas dan pedas. Oleh sebab aku kat Malaysia je jadi satu hari tuh dok mencari tomyam yang sedap, pedas makan waktu panas.
Malangnya kat area opis aku payah la hai nak makan benda yang biasa. Nak makan nasi campur pon memang kene drive sket. Hujan malas kot. Jadi pegi la terjah Mohd Chan restoran cina muslim tuh. Semakan aku kat situ makanan die manis xde la pedas mana. Kalo pedas di sebabkan oleh lada hitam.

So hari tuh aku order tomyam. pesan banyak kali nih pedas tau. Pedas ni kalo tak pedas saya taknak makan pulang balik. haha

Haha sekali sampai amik ko die key in pedas berkali kali

kepedasan yang di rasakan awal2 tu masa panas memang wallah pedas. Tapi bile dah suam2 tak la pedas sangat pon. huhu masih tak cukup pedas bagi aku. weeee melampau taste bud aku nih.