Friday 16 November 2012

Berakhirnya Darjah 1

Jumaat lepas berakhirlah seisi persekolahan 2012. Tamat lah sudah darjah 1 untuk Haris Ikhwan. Satu alam persekolahan sebenar pengalaman pertama di sekolah. Sumer benda baru.

Minggu terakhir hari tuh dah dapat buku teks darjah 2. Buku darjah satu lepas periksa je memang dah dipulangkan. Mama dah mengganti 2 buah buku. PJK dan BI. Buku aktiviti pon kene pulangkan  ek. Ingatkan dapat terus. Tapi hari tu kebanyakkan nya ade pada cikgu. Jadi setakat buku teks tu sumer la ade. Abang punya susah hati dok kire dan tick berkali kali cek buku2 die ade ke tak. Takot kene marah la tu nanti. Yang koyak pon die suh nya tampal di belek satu satu. Hafal plak tu kat mana yang koyak haha. Tak de la koyak terus just tersiat2 sket masa nak selak cam tuh je.

Dapat buku teks darjah 2 seronok balik balik dok belek baca. Biasa la mesti baca buku BI dulu. Ade plak buku yang ade gambar upin ipin ek. hehe Pastu beria suh mama balut. Leks la bang nanti dah nak sekolah baru balut ok. huhu

Periksa? Hurm Alhamdullilah la dari 5 subjek dapat la 4A. 1 lagi ape? biarlah rahsia haha. Sekolah agama teruk sket dari sek kebangsaan. Lepas ni memang kene pantau bebtul sket sekolah agama dan subjek agama.

2-3 hari sebelum tutup sekolah pon cikgu dah bawa ke kelas baru. Kene tukar kelas. Hukhuk. Tatau la menaik ke menurun kelas. Zaman skang nih peksa pon tak pakai nombor dah kan. Main Band band je.

Dah kene tukar kelas terpisah la ngan best fren die Faris. Pepandai la abang cari kawan baru ye. Explore new things katanya. Abang is always be mama little boy.

 Mama berjaya jemput abang balik sekolah 2-3  hari terakhir hari tu. hehe mama nyorok dulu tengok gelagat abang. Die memang la jalan style bersiar2. rileks je. antara oarang yang lambat sampai kat van. tak lalu pon merentas padang sekolah. lalu tepi tepi dan dalam pagar

 Jalan beriringan dengan best fren die Faris. Aku penah jumpe mak ayah Faris nih. Orang Kedah juge. Faris pon selalu citer pasal Haris je kata maknya.

 Erk alamak mama dah terkantoi hehe. Bergegor terus camera mama



Ni budak kecik nih nye pasal la. mulut bising tak sabo nak terkejut kan abang die. Kalo jemput abang die yang excited nak main lari2 kat padang.



No comments:

Post a Comment