Thursday 20 December 2012

Kampung ku Kuala Kangsar

Ye saya berasal dari Kuala Kangsar. Mak ayah memang orang jati bandar di raja. Tak dinafikan memang aku jarang sekali balik kampung. Kekadang mak yang datang KL.

Rumah kampung aku di Kampung Bendang Ujib, Kati. Hanya lebih kurang  500m saje dari pekan Kati tuh rumah aku.

Oleh kerana balik kenduri baru nih cuti seminggu maka lama juge la berada di kampung. Yeayyy. Makan kenduri dah tentu la sedap sedap. Paling best Gulai Lemak Keladi. Rasanya mak aku selalu sebut Lambok. Sedapnye. Pedas dan lemak2. Aku memang keje meratah benda tu je.

Balik pula musim buah. Pokok rambutan depan umah memang tengah lebat. Tak yah nak berkait2. Ade tuh Akma pon sampai nak petik buahnya. Cume anak2 KL aku nih tak reti nak makan. Pakat hisap2 sket je. Durian? mungkin banyak tapi sebab aku n asben memang bukan jenis makan durian jadi mak and abang aku pon takde usaha menyediakan hehe.


Dua malam berturut turut kami ke arena square di Lembah. Ade jualan memacam kat bawah tuh. Plus pi makan kat medan selera situ. Cari sotong kangkong. Siang pule ke medan cendol dan rojak kat tepi sungai tu. Tak de geng nak jejalan sangat hehe orang sumer bz





No comments:

Post a Comment