Sunday 16 December 2012

Majlis berkhatan Abg Haris

Pada Sabtu lepas, aku telah pulang ke kampung bersama sepasang budak comel. Papa tak dapat join sebab kene standby. Jadi die hanya akan balik pada Ahad atau Isnin. So 1st time jugak aku drive ke kampung ngan anak anak je. Start perjalanan dalam kul 11.30 pagi. Jem pulak la jalan kuar kat trafik light bomba Bukit Jalil. So kire dalam kul 12.20 juge di Tol duta. Sampai di kampung bebtul jam 3 petang. Ramai dah juga orang dah datang menolong.

Esok nya siap siapkan pengantin kecik tu. Pelamin opahnya dah buat bebrapa hri sebelum. Barang barang goodies pon dah siap. Sebenarnya opah memang yang paling excited. Mak aku memang jenis yang suke buat kenduri. Tak kire ape jenis kenduri pon. Die sonok kumpul reramai.

yang belah kiri tuh goodies untuk orang yang bekerja. atas tuh pelamin. Set tialm tuh abang yang request kaler merah. Pengantin nya bz main ipad. yang goodies kanan nih untuk acara baca Yassin dan Tahlil doa selamat.

Antara suasana dan hadirin yang hadir. Ade satu kanopi kat luar bagi yang tak syiok makan kat dalam umah.  Tu Tok Wan dari Sungai Petani pon datang 2 kereta. Tengok Akma elok je dok depan Tok Wan join baca Yassin

Acara makan beradab. huh memang macam pengantin betul. Cantik gubahan makanan kat atas tuh. Bagi abang makan sedap sedap dulu nanti dah kene berpantang.

Mama pon nak enter frame gak. heee Pic kiri atas saya, anak anak dan adik sayer Rayyan :D 

So begitulah sedikit keraian untuk Abang Haris yang akan bersunat pada hari Selasa nay die klinik.




2 comments:

  1. whoaaaaa!! tak sangka majlis khatan leh ngalahkan majlis tunang eh? seb baik xpanggil catering..^^
    btw i miss this kind of kenduri.. xsaba nak balik mesiaaaaa!!

    ReplyDelete